Bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah - SMK Teriang Hilir

Pada 25/02/2015 bertempat di SMK Teriang Hilir telah berlangsungnya Bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Bengkel ini di adakan sempena perlantikan Pengawas PSS SMK Teriang Hilir. 10 orang guru dan 40 orang Pengawas PSS telah terlibat dalam bengkel tersebut.

Objektif utama bengkel adalah untuk melatih guru tentang tatacara pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Bengkel telah dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Puan Aminah Binti Ibrahim selaku Pegawai Teknologi Pendidikan dari Pusat Kegiatan Guru Bahau dan seterusnya memberi taklimat berkenaan konsep asas yang menerangkan peranan Pusat Sumber Sekolah, bahan yang sesuai serta tujuan dan faedah penggunaan Pusat Sumber Sekolah kepada pelajar dan guru.

Bengkel diteruskan dengan slot pengkatalogan buku dan bukan buku yang menerangkan teknik menguruskan dan memproses bahan buku dan bukan buku. Pada sebelah petangnya pula, guru bersama Pengawas PSS diberi pendedahan mengenai baik pulih buku. Hasilnya beberapa buah buku telah dibaik pulih semula dan boleh digunakan. 

Diharapkan dengan adanya bengkel seperti ini guru bersama Pengawas PSS dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan jayanya.
klik untuk besarkan gambar

Buku Teks Digital KPM Di Laman Frog VLE

Pelancaran Buku Teks Digital KPM telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan II pada 7 Februari 2014 di Petaling Jaya. Ketika pelancaran, terdapat 313 judul buku teks yang boleh diakses oleh murid-murid, guru-guru dan ibubapa di laman 1BestariNet.net

Bahagian Buku Teks merupakan bahagian di dalam KPM yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan transformasi buku teks yang merangkumi tiga gelombang. Butiran ringkas mengenai transformasi buku teks adalah seperti berikut :

pkgpertang-bukudigital
Klik untuk besarkan gambar

DAPATKAN BUKU TEKS DIGITAL DI LAMAN FROG VLE ANDA ! 

Klik untuk besarkan gambar 

Analisa IQ-PSS Sekolah Ahli PKG Pertang Tahun 2013 - 2014

Berikut analisa iq-pss yang diperoleh oleh sekolah ahli Pkg Pertang bagi tahun 2013-2014.

Pemantauan Nisbah Buku Di Sekolah - Sekolah Negeri Sembilan Tahun 2015

pkgpertang book
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan sedang menjalankan pemantauan dan analisis ke atas nisbah buku sekolah-sekolah di Negeri Sembilan bagi tahun 2015.

Guru Perpustakaan atau Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah-sekolah Negeri Sembilan diminta mengisi maklumat nisbah buku secara online pada atau sebelum 18 Februari 2015 dalam pautan berikut : http://goo.gl/fT9W9f atau mengisi terus borang di bawah.

Mohon kerjasama GPM sekolah ahli PKG Pertang untuk mengisi borang pemantauan dan analisis sebelum tarikh tersebut. Terima kasih.


Mesyuarat Jawatankuasa Guru Penyelaras Bestari ( GPB )

Bagi membantu GPB dalam melancarkan pengurusan ICT di peringkat sekolah, PKG Pertang telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Guru Penyelaras Bestari bagi sekolah-sekolah ahli pada 11 Febuari 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Pertang yang bermula pada jam 2.30 petang. Ia dihadiri oleh 12 orang GPB.

Dalam mesyuarat tersebut GPB telah didedahkan dengan input-input baru dalam tatacara pengurusan dan selenggaraan peralatan ICT sekolah, peranan dan tanggungjawab GPB,  dan pelaksanaan inisiatif ICT sekolah termasuk 1BestariNet, VLE dan SPS. Mesyuarat telah dikendalikan oleh Tn. Haji Mat Mahmood Bin Tapri, Pegawai Teknologi Pendidikan dari BTPN Negeri Sembilan dan dibantu oleh 2 orang staf PKG Pertang. 

Terima kasih kepada GPB yang dapat hadir dan memberi komitmen sepenuhnya dalam mesyuarat tersebut.  Mesyuarat berakhir pada jam 5.00 petang.

pkgpertang gpb1
pkgpertang gpb2

Tutorial Install Microsoft Office Home & Student 2010 Untuk Netbook 1Malaysia

Langkah-langkah untuk memasang aplikasi Microsoft Office Home & Student 2010 bagi sekolah yang mendapat Netbook 1Malaysia. Diharap tutorial ini dapat membantu guru-guru berkenaan.

Langkah 1: Klik Start > All Program > Microsoft Office 2010

Langkah 2: Klik Activate

Langkah 3: Klik OK

Langkah 4: Masukkan Office Key > Continue
* Sila rujuk sticker pada belakang netbook untuk office key

Langkah 5: Tick i accept ....... > Continue

Langkah 6: Untick include a free ........ > Install Now

Langkah 7: Klik close dan tunggu proses
'completing office setup' siap.

Langkah 8: Klik Start > All Program >
Microsoft Office > Microsoft Excel 2010

Langkah 9: Tick i want ..... (recommended) > Next
* Pastikan netbook bersambung ke internet
(paparan ini tidak keluar sekiranya netbook 
telah bersambung ke internet pada awal langkah 1)

Microsoft Office Home & Student 2010 telah di activate

Selesai...


Mesyuarat Guru Perpustakaan dan Media ( GPM )

Pada 10 Feb 2015, PKG Pertang telah mengadakan Mesyuarat Guru Perpustakaan dan Media (GPM) bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Pertang yang bermula pada jam 2.30 petang. Mesyuarat ini telah disampaikan oleh En. Effendy Bin Daraman iaitu Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Batu Kikir dan dibantu oleh 2 orang staf PKG Pertang.

Seramai 11 orang GPM telah hadir dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini bertujuan untuk memberikan input yang berguna kepada semua GPM selain daripada berkongsi masalah berkaitan yang di alami di sekolah masing-masing. Semua GPM memberikan kerjasama yang baik semasa mesyuarat ini berlangsung. Mesyuarat ini berakhir pada jam 5.00 petang.
pkg pertang gpm1
pkg pertang gpm2

Pencapaian SSQS Sekolah Ahli PKG Pertang Bagi Tahun 2014


Penarafan Tahap Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) dilaksanakan setiap tahun. Keputusan penarafan ini dilaporkan di mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM dan juga Mesyuarat Flagship Coordination Committee (FCC) yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr KSN. Berikut keputusan penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS) yang diperolehi oleh sekolah-sekolah ahli di bawah PKG Pertang bagi Tahun 2014. Tahniah di atas usaha anda semua dan tingkatkan lagi usaha untuk mencapai tahap 5 bintang.

Bil Nama Sekolah Peratus % Bintang
1. SK Sungai Buloh 72.55 4
2. SK Pasoh 4 69.73 4
3. SK Durian Tipus 68.28 4
4. SMK Teriang Hilir 66.17 4
5. SJKC Kg Baru Pertang 64.00 4
6. SK Putra 61.74 4
7. SK Gelang Terusan 59.83 3
8. SK Pasoh 1 58.54 3
9. SJKT Ladang Pertang 58.43 3
10. SK Petaseh 58.10 3
11. SJKC Durian Tipus 56.98 3
12. SJKC Simpang Pertang 55.15 3
13. SMK Pertang 50.28 3
14. SK Simpang Durian 50.12 3
15. SMA Dato' Haji Tan Ahmad 46.59 3

Surat Siaran KPM Bilangan 1 Tahun 2015 ( VLE )



Pelaksanaan Penggunaan Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya 1Bestarinet Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

KPM telah membekalkan perkhidmatan 1BestariNet yang merangkumi akses internet dan pelantar persekitaran pembelajaran maya ke semua sekolah. Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya atau Virtual Learning Environment (VLE) ialah aplikasi dalam talian yang menyediakan kemudahan pengurusan pengajran dan pembelajaran (PdP) bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyampaian pembelajaran.

Bagi memastikan penggunaan VLE secara optimum, Pengetua dan Guru Besar hendaklah mengambil langkah-langkah berikut:

  • Memberikan ID 1BestariNet kepada semua guru, murid dan ibu bapa/penjaga;
  • Menyediakan latihan dalaman penggunaan VLE kepada semua guru;
  • Memastikan guru mengintegrasikan VLE dalam PdP dan mencatatkannya dalam Rekod Persedian Mengajar;
  • Menggalakkan guru memberi tugasan kepada murid melalui VLE;
  • Menggalakkan guru membina dan menggunakan laman pembelajaran VLE bagi tujuan PdP; dan
  • Menggalakkan ibu bapa/penjaga memantau pembelajaran anak-anak melalui VLE
Surat Siaran KPM Bilangan 1 Tahun 2015 ( VLE )

Laporan Penghantaran Netbook 1Malaysia


Pada 4 Feb 2015, pihak vendor telah selesai menghantar Netbook 1Malaysia dan Charging Cart kepada 8 buah sekolah ahli Pkg Pertang. Setiap sekolah berkenaan telah menerima sebanyak 41 unit Netbook dan 1 unit Charging Cart. Pihak PKG telah turun ke sekolah berkenaan untuk mendapatkan laporan penghantaran netbook tersebut. Warranty bagi setiap netbook yang diterima ialah selama 1 tahun dari tarikh penerimaan. Pihak sekolah boleh mendapatkan penggantian dengan unit yang baru sekiranya terdapat sebarang kerosakan selagi dalam tempoh jaminan.
Laporan Penghantaran Netbook 1Malaysia

Bengkel Pemantapan Pengurusan Nilam

Pada 05 Feb 2015 (Khamis), PKG Pertang telah mengadakan satu Bengkel Pemantapan Pengurusan NILAM untuk Guru NILAM Sekolah Ahli PKG. Bengkel ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat PKG Pertang bermula jam 2.00 petang.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi pengurusan dan perjalan NILAM di sekolah ahli masing-masing disamping memberi penerangan dan penjelasan kepada Guru Nilam yang baru dilantik tentang tugas yang perlu dibuat sebagai Guru Nilam. Antara pengisian yang ditekankan dalam bengkel ini ialah pengisian bacaan murid dalam sistem i-nilam setiap bulan dan proses naik kelas dari tahun 2014 ke tahun 2015.

Fasilitator untuk bengkel ini ialah Pn. Zaraton Akmar Bt Abd Aziz (PTP PKG Kuala Klawang) dan dibantu oleh Cik Russidah Bt Kamaludin (PT PKG Pertang). Tahniah kepada semua peserta kerana telah melaksanakan bengkel ini dengan jayanya. Bengkel ini tamat pada jam 5.00 petang.

pkgpertang - nilam1
pkgpertang - nilam

Jadual Penghantaran Netbook 1Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Berikut disertakan Jadual Pengagihan Netbook 1M ke sekolah-sekolah ahli PKG Pertang yang telah terpilih. Jika terdapat sebarang kerosakan, sila berhubung terus dengan pihak PKG untuk mendapatkan penggantian. Terima kasih

pkg pertang - netbook 1m

Surat Panggilan Mesyuarat JK Guru Penyelaras Bestari

Sukacita dimaklumkan bahawa PKG Pertang akan mengadakan mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Febuari 2015 (Rabu)
Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Pertang

Semua Guru Penyelaras Bestari sekolah-sekolah ahli PKG Pertang diwajibkan hadir. Sila muat turun surat panggilan di bawah. Terima kasih.

Surat Mesyuarat JK GPB

Surat Panggilan Bengkel Pemantapan Pengurusan Nilam

Sukacita dimaklumkan bahawa PKG Pertang akan mengadakan bengkel tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 5 Febuari 2015 (Khamis)
Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Pertang

Semua Guru Nilam sekolah-sekolah ahli PKG Pertang diwajibkan hadir. Sila muat turun surat panggilan di bawah. Terima kasih.

Surat Bengkel Pengurusan Nilam