Khidmat Bantu SK Simpang Durian

Laporan Khidmat Bantu SK Simpang Durian 23.06.2015

Pemakluman Ciri-Ciri Baru Frog VLE

Untuk makluman, Frog VLE telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri baru. Penambahbaikan ini dihasilkan untuk menjadikan Frog sebagai sistem atas talian yang mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan mesra pengguna.

Kesemua penambahbaikan yang tersenarai di bawah akan dikemaskini pada bulan Jun 2015. Segala penambahbaikan dapat dilihat oleh setiap pengguna apabila mereka akses masuk ke VLE dengan ID 1BestariNet masing-masing.

Berikut adalah gambaran keseluruhan penambahbaikan Frog VLE.


Impak kepada Pelajar:

• Frog Timelines - Apabila pengguna akses masuk ke dalam Frog VLE, paparan yang pertama adalah Frog Timelines yang merupakan sebuah platform media sosial yang menyerupai Facebook. Dashboard pengguna masih boleh diakses melalui Dashboard Switcher yang terdapat di bahagian atas Site VLE.

• Penambahan Site - Pelajar kini boleh memuat turun Site atau bahan pembelajaran daripada FrogStore.

• Perkongsian Folder - Pengenalan fungsi "Shared Folder" membolehkan pengguna berkongsi fail, Site dan bahan pembelajaran dengan pengguna lain.

Impak kepada Guru

• Markbook Baru - Guru boleh memantau perkembangan akademik pelajar mereka dengan lebih mudah menerusi fungsi baru ini.

• Assignments - Wajah baru ciri ini memudahkan guru untuk mengenalpasti tugasan atau kerjarumah yang belum ditanda.

• Mathematics Equation - Ciri baru ini membolehkan penggunaan simbol Matematik di dalam laman Frog VLE.

• Site Rules - Ciri baru ini membolehkan guru menentukan siapa yang boleh melihat bahan-bahan tertentu dalam Site yang dibina

• Analisis - Penambahbaikan terhadap fungsi ini membolehkan Frog Admin memperolehi maklumat dengan lebih terperinci dan mudah.

• Ciri baru Walls dan Forums - Guru kini boleh melihat perbincangan pelajar dalam Walls dan Forums dengan lebih dekat melalui "Show to Others" dan "Show/Hide all Posts"

• Pembinaan Site - Para guru boleh membina Site dengan menggunakan widget Frog VLE. Site yang siap dibina boleh diterbitkan di Internet.

Untuk maklumat terperinci tentang ciri-ciri dan fungsi terbaru Frog VLE, sila kunjungi Learn Centre di pautan http://learncentre.frogasia.com/

Laman Pusat Sumber PKG Pertang

Selamat Datang ke laman Pusat Sumber PKG Pertang. Diharap dengan perkongsian maklumat yang ada di dalam laman ini dapat memberi manfaat kepada Guru Perpustakaan dan Media sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru Pertang.



Khidmat Bantu SJKT Ladang Pertang

Laporan Khidmat Bantu SJKT Ladang Pertang 16.06.2015

Statistik Penggunaan Frog VLE Sekolah Ahli PKG Pertang Bagi Bulan Mei 2015

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang aktif di dalam penggunaan Frog VLE. Berikut adalah statistik sekolah ahli PKG Pertang yang menggunakan VLE sepanjang Bulan Mei 2015.
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
pkgpertang vlemei1
pkgpertang vlemei2
pkgpertang vlemei3

Linux : Fedora 22 Dilancarkan

fedora

DALAM arena sistem operasi Linux, terdapat beberapa versi yang popular dan diminati ramai. Salah satunya adalah Fedora.

Fedora secara rasminya mengumumkan pelancaran Fedora 22 yang sedia dimuat turun untuk digunakan pada komputer atau pada pelayan.

fedora 2

Fedora 22 merupakan kemaskini kepada sistem operasi Fedora sebelum ini, di mana ia dilengkapi pelbagai kemaskini perisian terbaharu, termasuk penggunaan kernel Linux terkini.

Fedora 22 menyertakan sejumlah sokongan baharu untuk pentadbir pelayan, selain turut menyertakan sokongan tema dan notifikasi yang lebih baik.

**Link untuk memuat turun OS Fedora: https://getfedora.org/