Bagi membantu GPB dalam melancarkan pengurusan ICT di peringkat
sekolah, PKG Pertang telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Guru Penyelaras Bestari bagi sekolah-sekolah ahli pada 11 Febuari 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Pertang yang bermula pada jam 2.30 petang. Ia dihadiri oleh 12 orang GPB.
Dalam mesyuarat tersebut GPB telah didedahkan dengan
input-input baru dalam tatacara pengurusan dan selenggaraan peralatan
ICT sekolah, peranan dan tanggungjawab GPB, dan pelaksanaan inisiatif
ICT sekolah termasuk 1BestariNet,
VLE dan SPS. Mesyuarat telah dikendalikan oleh Tn. Haji Mat Mahmood Bin Tapri, Pegawai Teknologi Pendidikan dari BTPN Negeri Sembilan dan dibantu oleh 2 orang staf PKG Pertang.