Bengkel Kerja Penghasilan Bahan Aset Digital dan Objek Pembelajaran Bagi Sekolah Ahli Pkg Pertang Fasa 1 Tahun 2015
Satu Bengkel Kerja Penghasilan Bahan Aset Digital dan Objek Pembelajaran Bagi Sekolah Ahli Pkg Pertang telah diadakan pada 11 - 13 Mei 2015. Bengkel untuk Fasa 1 yang melibatkan seramai 15 orang guru (subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sains) ini telah dikendalikan oleh En. Effendy Bin Daraman selaku Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Batu Kikir. Guru-guru telah diajar bagaimana cara untuk membina Learning Site di dalam Frog VLE dan cara menghasilkan buku digital (e-book) dengan menggunakan perisian Flip PDF. Learning Site yang dihasilkan akan dimuatnaik ke Moe Repository untuk penilaian dan akan dimasukkan ke dalam Frogstore sebagai bahan perkongsian. Terima kasih kepada semua guru terlibat yang telah memberikan sepenuh komitmen sepanjang bengkel tersebut.