Showing posts with label Frog VLE. Show all posts
Showing posts with label Frog VLE. Show all posts

Pelaksanaan Profil Baharu Bandwith 1Bestarinet Di Sekolah-Sekolah 4G Di Seluruh Semenanjung, Sabah dan W.P Labuan Oleh Syarikat YTL Communications Sdn Bhd

Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Bersama-sama ini dikemukakan surat Pelaksanaan Profil Baharu Bandwidth 1BestariNet di Sekolah-Sekolah 4G di Seluruh Semenanjung, Sabah dan W.P. Labuan Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Syarikat YTL Communications Sdn Bhd untuk makluman dan tindakan sekolah selanjutnya.



Penambahbaikan Dalam FROG VLE ( JUN 2016 )


Assalamualaikum dan Salam 1Bestarinet.

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

Berikut adalah pautan yang mengandungi video dan poster penambaikan dalam frog bermula Jun 2016:

https://goo.gl/Ki1gpb

Di harap dapat membantu dalam kepelbagaian penggunaan dan integrasi Frog dalam PdP guru di sekolah.

Sekian, terima kasih.

Makluman Ciri Baharu Frog VLE - Import Maklumat Murid (APDM) Ke Dalam VLE

Sukacita dimaklumkan, kemudahan bagi membolehkan pentadbir VLE di sekolah untuk mengimpot data murid yang disediakan untuk sistem APDM terus ke sistem pengurusan pengguna VLE bagi pengemaskinian maklumat dan pendaftaran murid secara pukal kini diperkenalkan.
Sila klik pada ikon scribd di bawah untuk memuat turun.

Vle-Import User Dari APDM

Mesyuarat GPB/GICT dan Mesyuarat Guru Admin VLE Sekolah Ahli Pkg Pertang Bil.1/2016

Nama Aktiviti
:
Mesyuarat GPB/GICT dan Mesyuarat Guru Admin VLE Sekolah Ahli Pkg Pertang Bil.1/2016
Tarikh
:
03 Februari 2016 (Rabu)
Masa
:
2.15 petang – 5.00 petang
Tempat
:
Bilik Mesyuarat PKG Pertang
Urusetia
:
PKG Pertang
Jemputan /
Peserta
:
Hj. Mat Mahmood B. Tapri (BTPN)
30 orang GPB/GICT/Admin VLE Sekolah Ahli
Aktiviti
:
1. Pembentangan Minit Mesyuarat dan Maklum
    Balas GPB/GICT Bil.2/2015
2. Laporan aktiviti 2015, pencapaian 1Bestarinet,
    pengagihan Netbook 1Malaysia, pembekalan
    peralatan ICT ke Makmal Komputer secara
    konsep Makmal Komputer mudah alih
3. laporan penyenggaraan peralatan ICT
4. Laporan penggunaan dan peluasan VLE
    serta peranan Admin 1 dan Admin 2
5. Hal-hal lain

Isu
:
Capain internet yang sangat perlahan (VSAT)
Susulan
:
-

Taklimat Peranan Pegawai Akademik, SISC+ Dan SIP+ Dalam PdP VLE Frog Sekolah

Nama Aktiviti
:
Taklimat Peranan Pegawai Akademik, SISC+ Dan SIP+ Dalam VLE Frog Sekolah
Tarikh
:
18 November 2015 (Rabu)
Masa
:
8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat
:
Makmal Komputer SK Simpang Durian
Urusetia
:
PKG Pertang
Peserta
:
16 orang Pegawai Akademik, SISC+ Dan SIP+ PPDJJ
Aktiviti
:
1. Taklimat oleh PTP PKG Daerah Jempol Jelebu
2. Pembinaan laman pembelajaran Frog VLE
3. Perbincangan hal berkaitan Frog VLE
Isu
:
-
Susulan
:
-

Statistik Penggunaan Frog VLE Sekolah Ahli PKG Pertang Bagi Bulan Oktober 2015

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang aktif di dalam penggunaan Frog VLE. Berikut adalah statistik sekolah ahli PKG Pertang yang menggunakan VLE sepanjang Bulan Oktober 2015.
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Bengkel Hand Holding Sekolah Angkat PKG Dalam Memperkasa Dan Mengoptimumkan Inisiatif ICT Dalam PdP Abad Ke-21

Nama Aktiviti
:
Bengkel Hand Holding Sekolah Angkat PKG Dalam Memperkasa Dan Mengoptimumkan Inisiatif ICT Dalam PdP Abad Ke-21
Tarikh
:
7 Oktober 2015 (SK Sungai Buloh)
8 Oktober 2015 (SK Durian Tipus)
13 Oktober 2015 (SK Simpang Durian)
15 Oktober 2015 (SMA Dato' Hj Tan Ahmad)
Masa
:
08.00 pagi – 05.00 petang
Tempat
:
Makmal Komputer SK Sungai Buloh
Makmal Komputer SK Durian Tipus
Makmal Komputer SK Simpang Durian
Bilik Teknologi SMA Dato' Hj Tan Ahmad  
Urusetia
:
PKG Pertang
Peserta
:
20 orang guru (mengikut bilangan guru di sekolah)
30 orang murid
Matlamat
:
Membantu memperkukuhkan & memperkembangkan lagi kemahiran pembinaan dan penggunaan site PdP dalam VLE dikalangan guru-guru dan admin VLE.
Aktiviti
:
Murid
- Pendaftaran dan Pre Test
- Pengenalan kepada Frog VLE
- Pengaktifan ID 1Bestarinet
- Log in ke laman web 1Bestarinet
- Eksplorasi Dashboard Frog VLE
- Pengenalan kepada Dashboard
- Pengenalan widget pada Dashboard
- Mengemaskini Dashboard secara hand holding

Guru
- Pendaftaran dan Pre Test
- Kelebihan-kelebihan Frog VLE
- Contoh-contoh Site menarik yang boleh
  digunakan oleh guru dalam PDP
- Perbincangan Profesional Pelan
- Intervensi peningkatan penggunaan VLE 
  dalam kalangan murid
- Post Test
Outcomes
:
Kemahiran pembinaan dan penggunaan site PdP dalam VLE dikalangan guru-guru Admin VLE dapat dikembangkan.
Susulan
:
Akan melaksanakan pemantauan melalui dashboard pemantauan VLE dan membuat laporan ke pihak PPD serta BTPN agar ada peningkatan dalam penggunaan VLE di sekolah-sekolah.
Isu
:
Tahap penggunaan VLE yang rendah di sekolah atas faktor-faktor internet yang perlahan dan kesedaran guru-guru yang kurang dalam menggunakan VLE.
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Statistik Penggunaan Frog VLE Sekolah Ahli PKG Pertang Bagi Bulan September 2015

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang aktif di dalam penggunaan Frog VLE. Berikut adalah statistik sekolah ahli PKG Pertang yang menggunakan VLE sepanjang Bulan September 2015.
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
vle september 1
vle september 2
vle september 3

Statistik Penggunaan Frog VLE Sekolah Ahli PKG Pertang Bagi Bulan Ogos 2015

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang aktif di dalam penggunaan Frog VLE. Berikut adalah statistik sekolah ahli PKG Pertang yang menggunakan VLE sepanjang Bulan Ogos 2015.
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Fasa 2 : Bengkel Kerja Memperkasa Dan Mengoptimumkan Inisiatif ICT Dalam PdP Abad Ke-21

Bengkel Kerja Memperkasa Dan Mengoptimumkan Inisiatif ICT Dalam PdP Abad Ke-21 Fasa 2 telah diadakan selama 8 hari bertempat di PKG Pertang (12 - 13 Ogos) dan PKG Bahau (10 - 11 & 17 - 20 Ogos). Bengkel yang dihadiri oleh ketua bidang dan panatia dari sekolah Daerah Jempol dan Jelebu ini memfokuskan kepada peningkatan penggunaan Inisiatif ICT dalam Pdp Abad Ke-21. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Senarai Fasilatator :
1. En. Dzulkafi Bin Hashim – PKG Batu Kikir
2. En. Effendy Bin Daraman – PKG Batu Kikir
3. En. Fazly Bin Ibrahim – PKG Rompin
4. En. Mohd Norrizihan Bin Mamat – PKG Pertang
5. Pn. Aminah Bt Ibrahim – PKG Bahau
6. Pn. Norazean Bt Mahmood – PKG Lui
7. Pn. Zaraton Akmar Bt Abdul Aziz – PKG Kuala Klawang
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
task force vle p4task force vle p5
task force vle p1task force vle p2
task force vle p3task force vle p6


Statistik Penggunaan Frog VLE Sekolah Ahli PKG Pertang Bagi Bulan Julai 2015

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang aktif di dalam penggunaan Frog VLE. Berikut adalah statistik sekolah ahli PKG Pertang yang menggunakan VLE sepanjang Bulan Julai 2015.
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Fasa 1 : Bengkel Kerja Memperkasa Dan Mengoptimum Inisiatif ICT Dalam PdP Abad Ke-21

Satu Bengkel Kerja Memperkasa Dan Mengoptimumkan Inisiatif ICT Dalam PdP Abad Ke-21 telah diadakan selama dua hari pada 7 & 8 Julai 2015 bertempat di Makmal Komputer SK Simpang Durian. Bengkel yang dihadiri oleh seramai 44 orang guru (ketua bidang dan panatia) dari sekolah Daerah Jempol Jelebu ini memfokuskan kepada peningkatan penggunaan Inisiatif ICT dalam Pdp Abad Ke-21. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Senarai Fasilatator :
1. En. Dzulkafi Bin Hashim – PKG Batu Kikir
2. En. Effendy Bin Daraman – PKG Batu Kikir
3. En. Fazly Bin Ibrahim – PKG Rompin
4. Pn. Aminah Bt Ibrahim – PKG Bahau
5. Pn. Norazean Bt Mahmood – PKG Lui
6. Pn. Zaraton Akmar Bt Abdul Aziz – PKG Kuala Klawang
7. Pn. Norfadilah Bt Aziz - PPD Jempol Jelebu

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


Statistik Penggunaan Frog VLE Sekolah Ahli PKG Pertang Bagi Bulan Jun 2015

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang aktif di dalam penggunaan Frog VLE. Berikut adalah statistik sekolah ahli PKG Pertang yang menggunakan VLE sepanjang Bulan Jun 2015.
 Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Pemakluman Ciri-Ciri Baru Frog VLE

Untuk makluman, Frog VLE telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri baru. Penambahbaikan ini dihasilkan untuk menjadikan Frog sebagai sistem atas talian yang mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan mesra pengguna.

Kesemua penambahbaikan yang tersenarai di bawah akan dikemaskini pada bulan Jun 2015. Segala penambahbaikan dapat dilihat oleh setiap pengguna apabila mereka akses masuk ke VLE dengan ID 1BestariNet masing-masing.

Berikut adalah gambaran keseluruhan penambahbaikan Frog VLE.


Impak kepada Pelajar:

• Frog Timelines - Apabila pengguna akses masuk ke dalam Frog VLE, paparan yang pertama adalah Frog Timelines yang merupakan sebuah platform media sosial yang menyerupai Facebook. Dashboard pengguna masih boleh diakses melalui Dashboard Switcher yang terdapat di bahagian atas Site VLE.

• Penambahan Site - Pelajar kini boleh memuat turun Site atau bahan pembelajaran daripada FrogStore.

• Perkongsian Folder - Pengenalan fungsi "Shared Folder" membolehkan pengguna berkongsi fail, Site dan bahan pembelajaran dengan pengguna lain.

Impak kepada Guru

• Markbook Baru - Guru boleh memantau perkembangan akademik pelajar mereka dengan lebih mudah menerusi fungsi baru ini.

• Assignments - Wajah baru ciri ini memudahkan guru untuk mengenalpasti tugasan atau kerjarumah yang belum ditanda.

• Mathematics Equation - Ciri baru ini membolehkan penggunaan simbol Matematik di dalam laman Frog VLE.

• Site Rules - Ciri baru ini membolehkan guru menentukan siapa yang boleh melihat bahan-bahan tertentu dalam Site yang dibina

• Analisis - Penambahbaikan terhadap fungsi ini membolehkan Frog Admin memperolehi maklumat dengan lebih terperinci dan mudah.

• Ciri baru Walls dan Forums - Guru kini boleh melihat perbincangan pelajar dalam Walls dan Forums dengan lebih dekat melalui "Show to Others" dan "Show/Hide all Posts"

• Pembinaan Site - Para guru boleh membina Site dengan menggunakan widget Frog VLE. Site yang siap dibina boleh diterbitkan di Internet.

Untuk maklumat terperinci tentang ciri-ciri dan fungsi terbaru Frog VLE, sila kunjungi Learn Centre di pautan http://learncentre.frogasia.com/

Statistik Penggunaan Frog VLE Sekolah Ahli PKG Pertang Bagi Bulan Mei 2015

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang aktif di dalam penggunaan Frog VLE. Berikut adalah statistik sekolah ahli PKG Pertang yang menggunakan VLE sepanjang Bulan Mei 2015.
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
pkgpertang vlemei1
pkgpertang vlemei2
pkgpertang vlemei3

Taklimat Perancangan Khidmat Bantu Frog VLE untuk Sekolah Ahli PKG Daerah Jempol Jelebu Tahun 2015

Satu Taklimat Perancangan Khidmat Bantu Frog VLE untuk Sekolah Ahli PKG Daerah Jempol Jelebu telah diadakan pada 14 Mei 2015 bertempat di PKG Pertang. Taklimat bermula pada pukul 8.00 pagi dan dihadiri oleh semua Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Jempol dan Jelebu. Empat objektif utama telah ditetapkan apabila membuat khidmat bantu Frog VLE ke sekolah ahli iaitu pengaktifan ID untuk guru dan pelajar, pembinaan Learning Site, penggunaan Google App dan Frog Store. Taklimat berakhir pada pukul 1.00 tengahari.

Pegawai Teknologi Pendidikan yang terlibat :
1. En. Dzulkafi @ Zulkifli Bin Hashim - PKG Batu Kikir
2. Pn. Aminah Binti Ibrahim - PKG Bahau
3. En. Effendy Bin Daraman - PKG Batu Kikir
4. Pn. Zaraton Akma Binti Abdul Aziz - PKG Kuala Klawang
5. En. Fazly Bin Ibrahim - PKG Rompin
6. Pn. Norazean Binti Mahmod - PKG Lui

klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Bengkel Kerja Penghasilan Bahan Aset Digital dan Objek Pembelajaran Bagi Sekolah Ahli Pkg Pertang Fasa 1 Tahun 2015

Satu Bengkel Kerja Penghasilan Bahan Aset Digital dan Objek Pembelajaran Bagi Sekolah Ahli Pkg Pertang telah diadakan pada 11 - 13 Mei 2015. Bengkel untuk Fasa 1 yang melibatkan seramai 15 orang guru (subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sains) ini telah dikendalikan oleh En. Effendy Bin Daraman selaku Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Batu Kikir. Guru-guru telah diajar bagaimana cara untuk membina Learning Site di dalam Frog VLE dan cara menghasilkan buku digital  (e-book) dengan menggunakan perisian Flip PDF. Learning Site yang dihasilkan akan dimuatnaik ke Moe Repository untuk penilaian dan akan dimasukkan ke dalam Frogstore sebagai bahan perkongsian. Terima kasih kepada semua guru terlibat yang telah memberikan sepenuh komitmen sepanjang bengkel tersebut.

klik untuk paparan lebih jelas