Showing posts with label Surat Panggilan. Show all posts
Showing posts with label Surat Panggilan. Show all posts

Surat Bengkel Kerja Memperkasa Dan Mengoptimumkan Inisiatif ICT Dalam PDP Abad ke 21 Fasa 2

Satu Bengkel Kerja Memperkasa Dan Mengoptimumkan Inisiatif ICT Dalam PDP Abad ke 21 akan diadakan pada ketetapan berikut :

- Kumpulan 3 (10 dan 11 Ogos 2015 / PKG Bahau)
- Kumpulan 4 (12 dan 13 Ogos 2015 / PKG Pertang)
- Kumpulan 5 (17 dan 18 Ogos 2015 / PKG Bahau)
- Kumpulan 6 (19 dan 20 Ogos 2015 / PKG Bahau)

Sila ke halaman Muat Turun untuk memuat turun surat.

** Mohon guru-guru yang telah menghadiri bengkel mengisi tarikh jangkaan untuk mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di sekolah masing-masing pada pautan berikut : Tarikh LDP

Surat Taklimat Pusat Akses, Makmal Komputer dan Khidmat Bantu Penyediaan Kad 1Bestarinet Frog VLE

pkgpertang

UP : Juruteknik Komputer Sekolah Ahli Pkg Pertang.

Satu taklimat berkaitan Pusat Akses, Makmal Komputer dan khidmat bantu penyediaan kad 1bestarinet (Frog VLE) akan diadakan seperti jadual di atas. Sila dapatkan senarai ID IBestarinet (no ic,id,katalaluan) guru-guru sekolah masing-masing daripada guru admin VLE. Untuk memuat turun surat, sila ke halaman muat turun atau klik pada ikon scribd di bawah.

Surat Bengkel Program Dunia Teknologi Abad Ke-21 Peringkat PKG Sempena Pesta Buku Jempol dan Jelebu 2015

pkgpertang-pestabuku

PESTA BUKU JEMPOL JELEBU TAHUN 2015 yang dianjurkan oleh PPD Jempol & Jelebu dan Cerdik Publication Sdn Bhd dengan kerjasama institusi pendidikan dalam daerah Jempol dan Jelebu akan diadakan pada ketetapan berikut:

TARIKH : 25 hingga 30 MAC 2015
MASA : 8.00pagi hingga 10.30 malam
TEMPAT : Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol
PERASMIAN PENUTUP : 30 Mac 2015 (9.00 pagi)

Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan selain Pameran dan Jualan Buku. Antaranya ialah Pameran Kerjaya, Pemeriksaan Kesihatan, Ceramah dan Seminar akademik, Bengkel melukis dan mewarna. Acara kemuncak program berkenaan ialah Ceramah Agama oleh penceramah jemputan khas.

Pusat Kegiatan Guru Daerah Jempol dan Jelebu menganjurkan Bengkel Program Dunia Teknologi Abad Ke-21 sempena Pesta Buku berkenaan. Untuk memuat turun surat, flyers dan jadual program pesta buku sila klik pada ikon di bawah.


Surat Panggilan Mesyuarat JK Guru Penyelaras Bestari

Sukacita dimaklumkan bahawa PKG Pertang akan mengadakan mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Febuari 2015 (Rabu)
Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Pertang

Semua Guru Penyelaras Bestari sekolah-sekolah ahli PKG Pertang diwajibkan hadir. Sila muat turun surat panggilan di bawah. Terima kasih.

Surat Mesyuarat JK GPB

Surat Panggilan Bengkel Pemantapan Pengurusan Nilam

Sukacita dimaklumkan bahawa PKG Pertang akan mengadakan bengkel tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 5 Febuari 2015 (Khamis)
Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Pertang

Semua Guru Nilam sekolah-sekolah ahli PKG Pertang diwajibkan hadir. Sila muat turun surat panggilan di bawah. Terima kasih.

Surat Bengkel Pengurusan Nilam