Showing posts with label KM1M. Show all posts
Showing posts with label KM1M. Show all posts

Video Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2015

Kem Membaca 1Malaysia merupakan program tahunan yang di anjurkan oleh Unit Pusat Sumber Pendidikan (PSP) pada setiap tahun. Bagi tahun 2015, SMK Dato Undang Musa Al-Haj, Kuala Klawang telah dipilih sebagai lokasi pelancaran peringkat Negeri Sembilan pada 21 April 2015. Perasmian telah dibuat oleh Puan Radziah Binti Abdul Manap, Ketua Sektor Pengurusan Akademik yang mewakili Pengarah Pendidikan JPNNS.

* sumber dari portal BTPNNS http://www.btpnns.tarantula.my/

Program Literasi Maklumat Sempena KM1M 2015 Peringkat Daerah Jempol Jelebu di PPANS Cawangan Jelebu



Sempena Kem Membaca 1Malaysia 2015 (KM1M), Pusat Kegiatan Guru Daerah Jempol dan Jelebu dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) Cawangan Jelebu telah mengadakan Program Literasi Maklumat untuk pelajar-pelajar sekolah ahli. Program selama dua hari ini telah diadakan pada 22 dan 23 April 2015 bertempat di PPANS Cawangan Jelebu. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Klik untuk besarkan gambar
pkgpertang - literasi maklumat 1pkgpertang - literasi maklumat 2
pkgpertang - literasi maklumat 3pkgpertang - literasi maklumat 4
pkgpertang - literasi maklumat 5pkgpertang - literasi maklumat 6
pkgpertang - literasi maklumat 7pkgpertang - literasi maklumat 8

Pelancaran KM1M 2015 Peringkat Negeri Sembilan di SMK Dato' Undang Musa Al-Haj (SMK DUMA)


pkgpertang km1m

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Kem Membaca 1Malaysia 2015 (KM1M 2015) Peringkat Negeri Sembilan pada 21 April 2015. SMK Dato' Undang Musa Al-Haj (SMK DUMA) telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) bagi tahun 2015 dan perasmian telah dibuat oleh Puan Radziah Binti Abdul Manap, Ketua Sektor Pengurusan Akademik yang mewakili Pengarah Pendidikan JPNNS.

Klik untuk besarkan gambar
pkgpertang km1m 1pkgpertang km1m 2
pkgpertang km1m 3pkgpertang km1m 4
pkgpertang km1m 5pkgpertang km1m 6
pkgpertang km1m 7pkgpertang km1m 8

Pelaksanaan Program Kem Membaca 1Malaysia 2015 (KM1M 2015)

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid. Program KM1M 2015 akan diadakan selama 3 hari iaitu pada 21 hingga 23 April 2015. Semua warga sekolah perlu melaksanakan program membaca serentak pada ketetapan berikut:

pkg pertang km1m

Oleh itu, satu laporan pelaksanaan KM1M 2015 perlu diserahkan ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan melalui Pusat Kegiatan Guru Pertang. Semua sekolah diminta menghantar laporan tersebut mengikut format yang disediakan seperti lampiran B pada atau sebelum 30 April 2015. Untuk memuat turun surat, sila klik pada ikon scribd di bawah.