Panduan Penggunaan Analisa Data Nilam


Bersama ini disertakan panduan penggunaan analisa data nilam untuk rujukan pihak sekolah
>>> Muat Turun <<<
https://goo.gl/wCQQ4F

Pengisian Soal Selidik Penggunaan Bahan Digital Dan Perisian Yang Dibekalkan Oleh KPM Tahun 2016

pkgpertang mbmmbi
Sukacita dimaklumkan bahawa bahan digital MBMMBI telah diedarkan ke semua sekolah pada bulan Disember 2015 sehingga Februari 2016. Bagi memastikan penggunaan bahan digital dan perisian kandungan digunakan oleh guru-guru secara optimum, pihak sekolah perlu mengisi instrumen soal selidik yang disertakan. Pengisian instrumen tersebut bertujuan memudahkan pihak kami menyediakan analisis penggunaan berkaitan.


Pelaksanaan Kutipan data NILAM Secara Manual

Sepertimana sedia maklum, Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP) sebagai urus setia Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca bertanggungjawab untuk mengumpul dan seterusnya melapor pencapaian Program NILAM.

Sehubungan itu, untuk memastikan keselamatan data, Bahagian ini tidak akan menggunakan Sistem i-NILAM untuk tujuan kutipan data mulai tahun 2016. Bahagian ini telah menyediakan satu template interim untuk mengutip data NILAM bagi menggantikan proses kutipan data sedia ada.

Template dan cara pengisian data disertakan. Kutipan data akan dilaksanakan setiap suku tahun (Mac, Jun, September dan Disember) untuk tujuan pelaporan.


Portal Rasmi PKG Daerah Jempol & Jelebu

pkgjj
Kini anda boleh melayari laman web terbaru PKG Daerah Jempol & Jelebu untuk mengetahui informasi terkini berkenaan program/aktiviti, berita, hebahan terkini dan lain-lain sama ada peringkat PKG ataupun Daerah di alamat berikut :



Bengkel Pembinaan Blog Pkg Daerah Jempol Jelebu

bengke lblog pkgjj

Nama Aktiviti
:
Bengkel Pembinaan Blog Pkg Daerah Jempol Jelebu
Tarikh
:
03 Mac 2016 (Khamis)
Masa
:
8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat
:
Bilik Mesyuarat PKG Pertang
Urusetia
:
PKG Pertang
Peserta
:
12 orang (PT dan JTK PKG Daerah Jempol Jelebu)
Aktiviti
:
1. Pengenalan blog/web
2. Penetapan kandungan blog/web
3. Pembinaan blog/web PKG Jempol Jelebu
4. Hal-hal lain
Isu
:
-
Susulan
:
Pengemaskinian blog/web akan dibuat oleh semua
ahli PKG Daerah Jempol Jelebu menggunakan
ID PKG masing-masing.