Pelaksanaan Penggunaan Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya 1Bestarinet Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
KPM telah membekalkan perkhidmatan 1BestariNet yang merangkumi akses internet dan pelantar persekitaran pembelajaran maya ke semua sekolah. Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya atau Virtual Learning Environment (VLE) ialah aplikasi dalam talian yang menyediakan kemudahan pengurusan pengajran dan pembelajaran (PdP) bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyampaian pembelajaran.
Bagi memastikan penggunaan VLE secara optimum, Pengetua dan Guru Besar hendaklah mengambil langkah-langkah berikut:
- Memberikan ID 1BestariNet kepada semua guru, murid dan ibu bapa/penjaga;
- Menyediakan latihan dalaman penggunaan VLE kepada semua guru;
- Memastikan guru mengintegrasikan VLE dalam PdP dan mencatatkannya dalam Rekod Persedian Mengajar;
- Menggalakkan guru memberi tugasan kepada murid melalui VLE;
- Menggalakkan guru membina dan menggunakan laman pembelajaran VLE bagi tujuan PdP; dan
- Menggalakkan ibu bapa/penjaga memantau pembelajaran anak-anak melalui VLE
Surat Siaran KPM Bilangan 1 Tahun 2015 ( VLE )