Gambar Sekitar Booth PKG di Pesta Buku Daerah Jempol dan Jelebu Tahun 2015

Tahniah kepada semua yang menjayakan dan memeriahkan Bengkel Program Dunia Teknologi Abad Ke-21 sempena Pesta Buku Daerah Jempol dan Jelebu 2015.
Klik untuk besarkan gambar
pkgpertang

Bengkel Program Dunia Teknologi Abad Ke-21 Peringkat PKG - Frog VLE Untuk Guru Perpustakaan Media

pkgpertang frog vle
Sempena Pesta Buku Daerah Jempol dan Jelebu pada 25 - 30 Mac 2015 baru-baru ini, PKG Daerah Jempol dan Jelebu telah membuat satu Bengkel Program Dunia Teknologi Abad Ke-21 Peringkat PKG yang bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol.

Antara pengisian utama di dalam bengkel tersebut ialah memberi latihan berkaitan Frog VLE kepada Guru Perpustkaan Media (GPM) dalam;

  • membina bahan pembelajaran dan pengajaran (PdP) mengikut spesifikasi rekabentuk instruksional,
  • membina bahan pembelajaran dan pengajaran mengikut Standard Kandungan KSSR dan KSSM yang boleh digunakan dalam PdP di sekolah-sekolah,
  • meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam pembinaan bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran dengan lebih berkesan.
Para peserta bengkel didedahkan cara menggunakan perisian ebook/flipbook dengan pelbagai fungsi seperti buku digital yang mempunyai teks, gambar, audio dan video. Bengkel yang dijalankan secara keseluruhannya dapat dilaksanakan dengan jaya dan mendapat maklumbalas yang baik daripada peserta. Bahan yang dihasilkan telah dimuatnaik ke laman FROG VLE untuk dikongsi dengan warga sekolah.
Klik untuk besarkan gambar
pkgpertang frog vle
 Pendaftaran dan bengkel Frog VLE sekolah ahli PKG Rompin 
dan PKG Bahau

pkgpertang frog vle
Pendaftaran dan bengkel Frog VLE sekolah ahli PKG Pertang 
dan PKG Kuala Klawang

pkgpertang frog vle
Pendaftaran dan bengkel Frog VLE sekolah ahli PKG Lui
dan PKG Batu Kikir

5,000 Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Dilatih Kendali VLE Frog

Berita Harian 25 Mac 2015 - Seramai 5,000 Guru Muda 1Malaysia (GM1M) daripada 2,500 sekolah diseluruh negara akan diberikan latihan interaktif bagi membolehkan mereka memanfaatkan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) Frog sebagai platform pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Klik untuk besarkan gambar
pkgpertang frog vle

Majlis Pelancaran Program Nilam 2015 SMK Teriang Hilir

Nilam SMKTH
Majlis bermula pada pukul 7.40 pagi. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Akademik Tuan Haji Ab Razak Bin Junus dengan ucapan ringkas oleh GPK 1 dan disusuli dengan potongan reben pada banner Pelancaran NILAM 2015.

Gimik pelancaran nilam pada tahun ini adalah berupa aktiviti mengecop jari pada pohon gergasi nilam. Aktiviti disertai oleh semua guru penolong kanan, ketua bidang, guru pusat sumber dan wakil pelajar bagi setiap tingkatan.

Aktiviti seterusnya ialah bacaan buku selama 5 minit untuk semua pelajar dan guru. Anugerah Tokoh NILAM bagi tahun 2015 telah dirangkul oleh Nurizzati dari tingkatan 4 Arif. Bagi acara penutupan majlis nyanyian lagu NILAM telah didendangkan oleh semua pelajar dan guru sambil diiringi muzik. Majlis bersurai pada pukul 8.10 pagi.

Majlis pelancaran nilam telah berlangsung dengan jayanya dan meriah. Diharapkan majlis pelancaran nilam ini dapat membangkitkan semangat pelajar untuk membaca lebih banyak.

Di sediakan oleh,

......................................................
SITI AISHAH BINTI MOHD SALIM

Klik untuk besarkan gambar
nilam smkth

Surat Bengkel Program Dunia Teknologi Abad Ke-21 Peringkat PKG Sempena Pesta Buku Jempol dan Jelebu 2015

pkgpertang-pestabuku

PESTA BUKU JEMPOL JELEBU TAHUN 2015 yang dianjurkan oleh PPD Jempol & Jelebu dan Cerdik Publication Sdn Bhd dengan kerjasama institusi pendidikan dalam daerah Jempol dan Jelebu akan diadakan pada ketetapan berikut:

TARIKH : 25 hingga 30 MAC 2015
MASA : 8.00pagi hingga 10.30 malam
TEMPAT : Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol
PERASMIAN PENUTUP : 30 Mac 2015 (9.00 pagi)

Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan selain Pameran dan Jualan Buku. Antaranya ialah Pameran Kerjaya, Pemeriksaan Kesihatan, Ceramah dan Seminar akademik, Bengkel melukis dan mewarna. Acara kemuncak program berkenaan ialah Ceramah Agama oleh penceramah jemputan khas.

Pusat Kegiatan Guru Daerah Jempol dan Jelebu menganjurkan Bengkel Program Dunia Teknologi Abad Ke-21 sempena Pesta Buku berkenaan. Untuk memuat turun surat, flyers dan jadual program pesta buku sila klik pada ikon di bawah.


Fasa pertama 1BestariNet Gagal - PAC

 pkg pertang - 1bestarinet 
Kuala Lumpur 17 Mac 2015 : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), mendapati fasa pertama bagi projek 1BestariNet gagal dilaksanakan sejak projek tersebut dimulakan pada tahun 2011.

Walau bagaimanapun, PAC dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa fasa kedua bagi projek menyalurkan perkhidmatan internet ke sekolah-sekolah akan tetap diteruskan.

Pengerusinya, Datuk Nor Jazlan Mohamed berkata, PAC tidak berpuas hati atas beberapa perkara, antaranya penyambungan internet ke tapak pengguna yang lewat siap.

“Jawatankuasa pembantu projek dan teknikal tidak diwujudkan di peringkat kementerian.

“Malah, kajian keperluan di sekolah tidak dijalankan serta maklumbalas dari pihak sekolah tidak memuaskan,” katanya dalam sidang media selepas selesai mesyuarat PAC, hari ini.

Disebabkan itu, PAC telah meminta supaya KPN memanggil bekas Ketua Setiausaha KPN, Datuk Rosli Mohamad, bekas Ketua Pengarah Pendidikan dan bekas pegawai pengurusan projek ini.

“Mereka bertanggungjawab sewaktu projek ini diwujudkan, dirancang dan dilaksanakan,” ujarnya lagi.

PAC juga berpendapat, perlaksanaan projek yang bernilai RM4.077 bilion ini lemah dan ia tidak seharusnya diteruskan lagi ke fasa seterusnya.

“Tender asal projek ini ada tiga fasa dan sekarang ini ia berada di fasa kedua. Setiap fasa mengambil masa lima tahun untuk disiapkan,” katanya.

Sebelum ini, laporan Ketua Audit Negara telah mendedahkan Projek 1BestariNet KPM ini tidak memenuhi sasaran tempoh dua setengah tahun selain gagal menyediakan Platform Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) kepada 10,000 sekolah di seluruh negara.

Laporan itu mendakwa, projek 1BestariNet telah dilaksanakan sebelum guru dan pelajar dilatih sepenuhnya mengguna VLE.

“Penggunaan VLE oleh guru, pelajar dan ibu bapa adalah sangat rendah, 0.01% ke 4.69%,” dedah laporan berkenaan.

Kontrak projek 1BestariNet ini telah ditawarkan kepada syarikat YTL Communications berdasarkan kedudukan penilaian spesifikasi teknikal yang terbaik dan harga yang munasabah.

Khidmat Bantu SK Sungai Buloh

Laporan Khidmat Bantu SK Sungai Buloh 06.03.2015

Bengkel Kerja Aplikasi MBMMBI Dengan Pendekatan Zon Perkembangan Proksimal (ZPD)

Pada 4 Mac 2015, jam 2.00 petang bertempat di Sekolah Kebangsaan Putra telah berlangsungnya Bengkel Kerja Aplikasi MBMMBI dengan Pendekatan Zon Perkembangan Proksimal (ZPD).

Objektif bengkel ini diadakan adalah bertujuan memberi pencerahan tentang tatacara pengurusan dan penggunaan bahan MBMMBI mengikut prosedur yang betul serta memperkasa penggunaan Bahan MBMMBI dalam PdP dengan pendekatan ZPD.

Bengkel ini telah dihadiri oleh seorang guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan seorang guru mata pelajaran Bahasa Inggeris Sekolah Ahli Pusat Kegiatan Guru Pertang. Encik Effendy Bin Daraman selaku Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Batu Kikir bertindak sebagai fasilitator dalam bengkel tersebut dan dibantu oleh Juruteknik dan Pembantu Tadbir PKG Pertang.

Diharapkan dengan adanya bengkel seperti ini sekolah dapat meningkatkan tahap pengguasaan penggunaan dan pengaplikasian bahan MBMMBI dalam PdP.
Klik untuk besarkan gambar
pkgpertang - mbmmbi zpd

Video Majlis Sidang Media Pengumuman Keputusan SPM Tahun 2014 Negeri Sembilan

Pada 3 Mac 2015 Sidang media bersempena pengumuman keputusan SPM peringkat Negeri Sembilan telah diadakan bertempat di Balai Gadang, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Pengumuman ini telah dilaksanakan oleh YBhg Dato' Hajah Kalsom binti Khalid, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Majlis ini telah dihadiri oleh semua Ketua Sektor JPNS dan beberapa media perdana di Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang. Kepada semua guru di Negeri Sembilan, tahniah diucapkan kerana JPNS masih berjaya menyekalkan kecemerlangannya dengan pencapaian tempat ke 4 keseluruhan di Malaysia dengan Gred Purata Negeri 4.85. Seramai 4 orang 4 pelajar telah berjaya mencapai 11A+ diseluruh Negeri Sembilan manakala SM Sains Tuanku Munawir telah dinobatkan sebagai sekolah terbaik seluruh Malaysia.

* sumber dari portal BTPNNS http://www.btpnns.tarantula.my/

Panduan Frog VLE Untuk Admin, Guru Dan Pelajar

Panduan VLE untuk Sekolah
Trainer's Guide Full
Panduan untuk Admin Sekolah 
Panduan Asas Frog VLE untuk Murid 

Panduan Mengikut Sub Topik (Sila Download Trainer's Guide Full):
  • 1.0 Menginspirasikan Perubahan (Guru
  • 1.1 Pengenalan Kepada Projek 1BestariNet (Guru)
  • 1.2 Bagaimana Membentuk Pasukan Frog Anda (Guru)
  • 1.3 Gambaran Keseluruhan VLE Frog (Guru)
  • 1.4 Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah (Admin
  • 1.5 Bagaimana Menghasilkan Kalendar Tempahan (Admin
  • 1.6 Bagaimana Mengedit Dashboard Anda (Guru
  • 1.7 Bagaimana Menggunakan Kalendar Anda (Guru
  • 1.8 Gambaran Keseluruhan Booking Kalendar (Guru
  • 1.9 Bagaimana Menghasilkan Folder Dan Memuat Naik Fail (Guru
  • 1.10 Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran (Guru
  • 1.11 Bagaimana Berkongsi Sumber Pembelajaran (Guru
  • 1.12 Bagaimana Mengakses Emel Anda (Guru
  • 2.0 Mengkaji Kembali Cara Pembelajaran Pelajar Abad Ke-21 
  • 2.1 Bagaimana Menggunakan Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan (Guru
  • 2.2 Bagaimana Menghantar Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan (Guru
  • 2.3 Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan (Pelajar
  • 2.4 Bagaimana Menyemak Tugasa (Guru
  • 2.5 Bagaimana Menggunakan Dashboard Sekolah Untuk Komunikasi (Guru
  • 2.6 Bagaimana Menghasilkan Sebuah Forum Perbincangan (Guru
  • 2.7 Pengenalan Kepada Frog Community Site (Guru
  • 2.8 Bagaimana Menambah Pengguna Baru (Admin
  • 2.9 Bagaimana Menambah Kumpulan Baru (Admin
  • 2.10 Bagaimana Mengedit Dashboard Sekolah (Admin
  • 2.11 Bagaimana Mengakses Saluran Bantuan (Admin
  • 3.0 Bagaimana Admin Frog Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran (Admin
  • 3.1 Bagaimana Laman Bidang / Mata Pelajaran Digunakan Di Sekolah (Guru
  • 3.2 Bagaimana Membina Laman Bidang / Mata Pelajaran (Guru
  • 3.3 Bagaimana Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran (Guru
  • 3.4 Menginspirasikan Pelajar (Pelajar
  • 3.5 Berkenalan Dengan Frog (Pelajar
  • 3.6 Gambaran Keseluruhan VLE Frog Untuk Pelajar (Pelajar
  • 3.7 Bagaimana Mengedit Dashboard Anda (Pelajar
  • 3.8 Langkah Permulaan Dengan Frog (Pelajar
  • 3.9 Bagaimana Menghasilkan Sebuah Laman Kokurikulum (Guru
  • 3.10 Pengenalan Kepada The Pond (Pelajar
  • 3.11 Frog Students Champions (Pelajar

Statistik Penggunaan Frog VLE Sekolah Ahli PKG Pertang Bagi Bulan Febuari 2015

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang aktif di dalam penggunaan Frog VLE. Berikut adalah statistik sekolah yang mempunyai penggunaan tertinggi bagi bulan Febuari 2015. 
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
pkg pertang vle1
pkg pertang vle2
pkg pertang vle3