Majlis Pelancaran Program Nilam 2015 SMK Teriang Hilir

Nilam SMKTH
Majlis bermula pada pukul 7.40 pagi. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Akademik Tuan Haji Ab Razak Bin Junus dengan ucapan ringkas oleh GPK 1 dan disusuli dengan potongan reben pada banner Pelancaran NILAM 2015.

Gimik pelancaran nilam pada tahun ini adalah berupa aktiviti mengecop jari pada pohon gergasi nilam. Aktiviti disertai oleh semua guru penolong kanan, ketua bidang, guru pusat sumber dan wakil pelajar bagi setiap tingkatan.

Aktiviti seterusnya ialah bacaan buku selama 5 minit untuk semua pelajar dan guru. Anugerah Tokoh NILAM bagi tahun 2015 telah dirangkul oleh Nurizzati dari tingkatan 4 Arif. Bagi acara penutupan majlis nyanyian lagu NILAM telah didendangkan oleh semua pelajar dan guru sambil diiringi muzik. Majlis bersurai pada pukul 8.10 pagi.

Majlis pelancaran nilam telah berlangsung dengan jayanya dan meriah. Diharapkan majlis pelancaran nilam ini dapat membangkitkan semangat pelajar untuk membaca lebih banyak.

Di sediakan oleh,

......................................................
SITI AISHAH BINTI MOHD SALIM

Klik untuk besarkan gambar
nilam smkth