Bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah - SMK Teriang Hilir

Pada 25/02/2015 bertempat di SMK Teriang Hilir telah berlangsungnya Bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Bengkel ini di adakan sempena perlantikan Pengawas PSS SMK Teriang Hilir. 10 orang guru dan 40 orang Pengawas PSS telah terlibat dalam bengkel tersebut.

Objektif utama bengkel adalah untuk melatih guru tentang tatacara pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Bengkel telah dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Puan Aminah Binti Ibrahim selaku Pegawai Teknologi Pendidikan dari Pusat Kegiatan Guru Bahau dan seterusnya memberi taklimat berkenaan konsep asas yang menerangkan peranan Pusat Sumber Sekolah, bahan yang sesuai serta tujuan dan faedah penggunaan Pusat Sumber Sekolah kepada pelajar dan guru.

Bengkel diteruskan dengan slot pengkatalogan buku dan bukan buku yang menerangkan teknik menguruskan dan memproses bahan buku dan bukan buku. Pada sebelah petangnya pula, guru bersama Pengawas PSS diberi pendedahan mengenai baik pulih buku. Hasilnya beberapa buah buku telah dibaik pulih semula dan boleh digunakan. 

Diharapkan dengan adanya bengkel seperti ini guru bersama Pengawas PSS dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan jayanya.
klik untuk besarkan gambar