Linux : Fedora 22 Dilancarkan

fedora

DALAM arena sistem operasi Linux, terdapat beberapa versi yang popular dan diminati ramai. Salah satunya adalah Fedora.

Fedora secara rasminya mengumumkan pelancaran Fedora 22 yang sedia dimuat turun untuk digunakan pada komputer atau pada pelayan.

fedora 2

Fedora 22 merupakan kemaskini kepada sistem operasi Fedora sebelum ini, di mana ia dilengkapi pelbagai kemaskini perisian terbaharu, termasuk penggunaan kernel Linux terkini.

Fedora 22 menyertakan sejumlah sokongan baharu untuk pentadbir pelayan, selain turut menyertakan sokongan tema dan notifikasi yang lebih baik.

**Link untuk memuat turun OS Fedora: https://getfedora.org/