Taklimat Pengisian Data SSQS Tahun 2015

Satu Taklimat Pengisian Data SSQS Tahun 2015 telah diadakan pada 6 Julai 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Pertang. Taklimat bermula pada jam 2.30 petang dan dihadiri oleh Guru ICT sekolah ahli PKG Pertang. Taklimat telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mat Mahmood Bin Tapri dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan. Terima kasih kepada semua yang hadir pada taklimat tersebut.