Showing posts with label Teknologi/Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Teknologi/Tutorial. Show all posts

Linux : Fedora 22 Dilancarkan

fedora

DALAM arena sistem operasi Linux, terdapat beberapa versi yang popular dan diminati ramai. Salah satunya adalah Fedora.

Fedora secara rasminya mengumumkan pelancaran Fedora 22 yang sedia dimuat turun untuk digunakan pada komputer atau pada pelayan.

fedora 2

Fedora 22 merupakan kemaskini kepada sistem operasi Fedora sebelum ini, di mana ia dilengkapi pelbagai kemaskini perisian terbaharu, termasuk penggunaan kernel Linux terkini.

Fedora 22 menyertakan sejumlah sokongan baharu untuk pentadbir pelayan, selain turut menyertakan sokongan tema dan notifikasi yang lebih baik.

**Link untuk memuat turun OS Fedora: https://getfedora.org/

Muat Turun Bahan Bengkel Kerja Penghasilan Bahan Aset Digital dan Objek Pembelajaran (LO)


Berikut adalah bahan/modul asas yang diharapkan dapat membantu guru-guru dalam penghasilan Bahan Aset Digital dan Objek Pembelajaran. Untuk sekolah ahli PKG Pertang, bengkel ini akan diadakan pada bulan Mei dan Ogos 2015 sekiranya tiada apa-apa perubahan pada jadual. Sila klik pada pautan >>Download<< atau ke halaman Muat Turun untuk memuat turun bahan ini.


1) Modul pembinaan laman pembelajaran maya untuk PdP
>>Download<<


2) Cara instalasi perisian Camtasia
>>Download<<


3) Modul suntingan audio/video menggunakan perisian Camtasia
>>Download<<


4) Cara instalasi perisian Flip PDF
>>Download<<


5) Modul pembinaan e-book menggunakan perisian Flip PDF
>>Download<<

Perbezaan Teknologi UEFI dan BIOS

Apakah teknologi UEFI dan perbezaannya dengan teknologi BIOS?

UEFI adalah singkatan bagi Unified Extensible Firmware Interface merupakan satu teknologi sistem komputer yang dihasilkan untuk menggantikan sistem BIOS (Basic Input Output System) dalam mengawal dan mengkonfigurasi semua perkakasan, menyimpan dan membuka sistem pengoperasian dalam komputer pada masa kini.

Pada peringkatan permulaan, sistem UEFI ini dibina oleh syarikat Intel untuk sistem komputer pelayan Itanium keluarannya. Ketika itu, sistem ini dikenali sebagai Intel Boot Inniative bagi mengatasi beberapa kelemahan yang wujud dalam sistem BIOS. Kemudian, pengurusan dan pengembangan teknologi UEFI ini telah diambil alih oleh satu badan yang dikenali sebagai Unified EFI Forum.

pkg pertang bios uefi
Teknologi Bios
Kelemahan utama dalam sistem BIOS adalah saiznya yang hanya 16 bit dan hanya memperuntukkan 1 MB bagi saiz ruang dalam memanipulasi skim sekatan MBR (Master Boot Record) dalam komputer. Ini memberi kekangan kepada sistem BIOS dalam keupayaan menggunakan saiz memori RAM (Random Access Memory) yang lebih besar. Seterusnya, sistem BIOS tidak berupaya memberi sokongan pada fungsi aplikasi komputer yang memerlukan saiz penggunaan memori RAM yang besar seperti sistem cakera keras atau HDD (Hard Disk Drive) yang mempunyai kapasiti 2.2 TB ke atas.

pkg pertang bios uefi
Teknologi UEFI
Seterusnya disertakan beberapa kelebihan penggunaan sistem UEFI dalam sesebuah komputer.
  • Sistem UEFI menyokong sistem komputer yang berasaskan seni bina 32 bit dan 64 bit.
  • Sistem UEFI menyokong pelbagai jenis seni bina pemproses berserta dengan aplikasi pemanduannya.
  • Sistem UEFI menyokong antara muka yang bersifat visual dan penggunaan tetikus.
  • Sistem UEFI menyokong pelbagai jenis skema sistem sekatan selain daripada MBR seperti GPT (GUID Partition Table) dan lain-lain.
  • Sistem UEFI mempunyai fungsi pengurusan but tersendiri.
pkg pertang bios uefi
Perbezaan proses boot
Sistem UEFI memberi kepantasan dalam pemula bagi sesebuah komputer dan menyediakan sokongan yang baik dalam rangkaian komputer.

Dengan perkembangan pesat teknologi perkakasan dan sumber pengkomputeran yang menjadikan sesebuah komputer pada masa kini berkapasiti dan berkuasa tinggi, sistem BIOS tidak berupaya lagi menangani perkara ini dan digantikan dengan sistem baru yang dikenali sebagai sistem UEFI.

Tutorial Install Microsoft Office Home & Student 2010 Untuk Netbook 1Malaysia

Langkah-langkah untuk memasang aplikasi Microsoft Office Home & Student 2010 bagi sekolah yang mendapat Netbook 1Malaysia. Diharap tutorial ini dapat membantu guru-guru berkenaan.

Langkah 1: Klik Start > All Program > Microsoft Office 2010

Langkah 2: Klik Activate

Langkah 3: Klik OK

Langkah 4: Masukkan Office Key > Continue
* Sila rujuk sticker pada belakang netbook untuk office key

Langkah 5: Tick i accept ....... > Continue

Langkah 6: Untick include a free ........ > Install Now

Langkah 7: Klik close dan tunggu proses
'completing office setup' siap.

Langkah 8: Klik Start > All Program >
Microsoft Office > Microsoft Excel 2010

Langkah 9: Tick i want ..... (recommended) > Next
* Pastikan netbook bersambung ke internet
(paparan ini tidak keluar sekiranya netbook 
telah bersambung ke internet pada awal langkah 1)

Microsoft Office Home & Student 2010 telah di activate

Selesai...