Perlantikan Ketua Unit Dan Kenaikan Pangkat PPD DG42 Untuk Pegawai di BTPNNS

Pelantikan Ketua Unit dan Kenaikan Pangkat PPD DG42 untuk pegawai di BTPNNS telah dilaksanakan semasa Mesyuarat Pagi Bil. 2/205 di BTPNNS. Mereka yang dilantik sebagai Ketua Unit ialah En. Azizi bin Zakaria sebagai Ketua Unit Pembestarian (UBest) merangkap Timbalan KPP BTPNNS, En. Mat Azalan bin Budin sebagai Ketua Unit Inovasi dan Media Pendidikan (UIMP), En. Sharizan bin Ibrahim sebagai Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan (UPSP), En. Zamri bin Ibrahim sebagai Ketua Unit Pengurusan Strategik (UPS) dan Pn. Norhafiza bin Baharuddin sebagai Ketua Unit Pembangunan Kapasiti dan Profesionalisme (UPKP).

Manakala pegawai BTPNNS yang menerima Kenaikan Pangkat ialah Pn. Nurhayati binti Abdullah di unit UPSP, En. Zamri bin Ibrahim di unit UPS, Pn. Norhafiza binti Baharuddin di Unit UPKP, En. Abu Bakar bin Kalid di Unit UBest dan En. Ahmad Yusri bin Yusoff di Unit UIMP. Syabas dan tahniah kepada semua yang menerima kenaikan pangkat ini. Semoga semua yang terlibat akan memberikan komitmen yang tinggi terhadap kerjaya di masa hadapan.

Perlantikan mengesahkan bahawa di BTPN kini terdapat 5 unit utama iaitu Unit Pembestarian (UBest), Unit Inovasi dan Media Pendidikan (UIMP), Unit Pengurusan Strategik (UPS), Unit Pembangunan Kapisiti dan Profesionalisme (UPKP) dan Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan UPKP). Berkuatkuasa dari tarikh 20 Jan 2015, semua PKG di seluruh Negeri Sembilan dikehendaki menggunakan nama unit-unit ini di dalam semua urusan melibatkan BTPNNS.

pkgpertang
pkg pertang