Taklimat Penggunaan Bahan Digital MBMMBI Tahun 2015

Satu Taklimat Bahan Digital MBMMBI telah dilaksanakan untuk Guru-Guru Panatia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Taklimat disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Batu Kikir iaitu En. Effendy Bin Daraman dan dilaksanakan secara gabungan antara PKG Pertang dan PKG Batu Kikir pada 28 Januari 2015 bertempat di PKG Pertang. Peserta bengkel telah dikumpulkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan guru yang mengajar Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Bengkel ini menerangkan kepada peserta tentang penggunaan bahan digital MBMMBI dalam pengajaran dan pembelajaran. Peserta juga telah menerokai bahan MBMMBI secara “hands on” dan menunjukkan komitmen yang sangat baik. Tahniah kepada semua peserta kerana telah melaksanakan taklimat ini dengan jayanya.