Kami mengalu-alukan penggunaan Premis ini untuk tujuan pembangunan modal insan dan aktiviti pendidikan. Sila lengkapkan maklumat pada pautan berikut untuk membuat tempahan : Tempahan Premis PKG Pertang
Pelanggan yang dihormati, anda diminta mengisi borang ini bagi tujuan rekod dan dokumentasi. Urusan anda di PKG Pertang direkodkan sebagai dokumen rasmi kami. Terima kasih kerana memberi kerjasama. Sila lengkapkan maklumat pada pautan berikut: Rekod Kehadiran Pelanggan 2016
Mulai Mei 2015, PKG Pertang akan membuat pinjaman buku secara berkelompok dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Cawangan Jelebu.
Pelbagai koleksi buku boleh didapati di PKG. Pinjaman buku boleh dibuat selama 2 minggu dan urusan pinjaman dilakukan semasa waktu pejabat sahaja.
Pelajar juga digalakkan meminjam buku di PKG tetapi mesti melalui guru masing-masing. Bagi sekolah yang berhampiran, guru boleh membawa pelajar untuk sama-sama membaca buku di kawasan koridor PKG.
Pelajar juga diminta membawa buku nilam bersama bagi tujuan merekod bacaan dalam buku nilam.
Sila lengkapkan maklumat pinjaman buku pada pautan berikut: Rekod Pinjaman Buku
Sukacita dimaklumkan, kemudahan bagi membolehkan pentadbir VLE di sekolah untuk mengimpot data murid yang disediakan untuk sistem APDM terus ke sistem pengurusan pengguna VLE bagi pengemaskinian maklumat dan pendaftaran murid secara pukal kini diperkenalkan.
Sila klik pada ikon scribd di bawah untuk memuat turun.